Wednesday, December 30, 2009

Hi Kawan-kawan......

Aku sekarang ni yang sedang membuat esemen2 yang best & mencabar

Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan.....
Seandainya aku dicampakkan di laut...aku berdoa padaNya agar aku tidak dibau oleh Jerung...
Seandainya aku sesat di hutan rimba aku pohon agar tiada harimau yang kelaparan pada hari itu...
Seandainya aku diletakkan di padang pasir sahara aku minta agar datangnya seekor unta yang expert bab jalan2 n bawa aku ke tempat yang lebih selamat..
Seandainya aku diletakkan di KLCC atau MidValley aku harap aku mempunyai duit yang mencukupi untuk aku berbelanje (ha...nak belikan hubby hadiah)...
Seandainya aku diletakkan di mana-manalah...aku harap dan berdoa agar aku MASIH ADA PELUANG UNTUK MENIKMATI HIDUP YANG INDAH ini...
Syukur padaMu kerana segala nikmat yang telah Kau curahkan padaku.

Monday, December 28, 2009

Minggu "BUSY"

I ve got a lot of work to do...the lowest enthusiasm for the highest level of task to be settled.
What i need now:
  1. Rest
  2. Enough Sleep
  3. Family Gathering
  4. Hubby
  5. Kyra
  6. Lepak at mamak stall with my crazy2 cousin, aunty n uncle also bebbi
  7. Meet my friend at Kg
  8. Going to KLCC (last time i was there on 2007-watch JPB at TGV)
  9. Watching Avatar with Hubby
  10. Watching TV with mak n abah
  11. Cooking " Ayam Masak Merah" for Hubby
  12. Wedding Photograph Session AGAIN....
  13. Going to clinic with "something" inside my tummy
  14. Read "Pregnancy for Dummies" AGAIN
  15. Stay @ PENANG Again...miss Penang a lot.....
Will wait for another 3 month more to go....EVERYTHING WILL BE OK....

Wednesday, December 23, 2009

40 Days To Go...

BIP @ Pangkor

Malam Kesenian & Kebudayaan @ Pangkor-Kem Rimba

Jungle Tracking


Jungle Tarcking with Dr Radzani Team

Going Back to UKM

Our Program at Rumah IMPIAN

Sukan

Grooming Course

Sukaneka

On the way to Rumah Impian

99 DPLI 2009/2010 team

Seminar Pembentangan Mini Kajian senior @ Palm Garden, PJaya

Minggu ni sampai hujung bulan satu ni adalah minggu yang AKAN MENJADI SANGAT SIBUK....40 hari lagi aku akan menamatkan penginapan aku di Kolej Pendeta Zaaba ni dan awal bulan 2 InsyaAllah akan gi praktikal di SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru Melaka selama 3 bulan.

Im Gonna miss all time di UKM sepanjang perjalananku sebagai pelajar DPLI..But for the most important is I am missing the time whenever WE (Me, Hubby & Kyra) was staying together.....And can't wait for that again.


My assignment yang sangat banyak sekarang ni akan membuatkan aku menjadi agak serabut dan serabai dalam beberapa minggu ni..Exam yang sepatutnya menanti lagi 3 minggu masih tidak dipedulikan....Bilelah ader masa nak mentelaah sumer note2 ni..

Well, semoga dengan dugaan dan cabaran dalam hidup ini akan mengajar aku erti sabar dan menjadikan hidupku lebih bermakna.....Amin..

Monday, December 21, 2009

IM GONNA BE AROUND......

Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga

  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  • Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  • Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  • Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  • Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  • Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  • Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  • Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  • Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  • Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  • Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  • Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  • Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  • Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Di pinjam dari blog http:pakarhowto.com

Two In One (Picnic & Assignment)

Apa yang adik beradik ni tengok???

Atirah (light pink dress), anak buah aku..anak kakak hubby..kakak dier ni Layyin..anak aku Khaiyra..maser aku pregnant..mereka lah yang menjadi penghibur & mereka sangat xcited dapat adik pempuan macam kyra...Mereka ni dah tiada ayah lagi..(meninggal akibat leukimia) 6 tahun yang lepas...(masa Atirah satahun lebih).Pada hubbylah mereka dapat kasih sayang seorang ayah walaupun sekali sekala sahaja.......

Saintis kecil
(dicium daun tu...aku pun cium jugak sebenarnya)



Anak anak ku.....



Menguji stamina tol jalan kat zoo ni.....

Picnic + Assignmnet...disebabkan aku ada assignment yang perlu diselesaikan iaitu "Video Editing" so dipendekkan mase..sambil menyelam sambil minum air.Untuk assignment kelas Teknologi Maklumat dan Inovasi..aku memilih tema " Mari Melawat Zoo".Emmm....seronok jugak wat video editing.Enjoy dengan hasil yang aku dah cipta..but actually buat video editing ni aku raser always tak PUAS...edit n edit...n edit again n again..sebab nak yang terbaik..cume masa yang membataskanlah.

Masuk kali ni dah 3 kali aku datang ke zoo ni.First time dengan hubby & Kyra, 2nd time dengan mak abah hubby & kyra, dan kali ni dengan Hubby, Kyra, Layyin, Atirah & Irfan.

Actually, best jalan n melawat binatang2 kat zoo ni.binatang dier gemok ckit dibandingkan dengan zoo negara...

Miss GENTING HIGHLAND....."B.....Can't we??? heh heh?"


Suamiku Hadiah Tak Ternilai Buatku....

My Boss at Life Department

Bagaikan sebuah novel cinta aku melalui kisah hidupku semalam, hari ini dan mungkin esok bersama seorang lelaki bernama Mohd Firdaus..Anugerah yang terindah buatku dariNya.Syukur kerana aku dikurniakan dengan seorang suami yang penyayang dan penyabar...yang mampu membuat aku tersenyum dikala kesedihan...yang mampu membantuku tanpa diminta...yang mampu bersabar dengan karenahku..seandainya aku.Alangkah aku merasa begitu rugi jika hari ini dia adalah milik wanita lain.Tiada kata yang mampu kuungkapkan betapa aku bersyukur memilikimu..Di hitung saat ini, telah hampir 3 tahun aku bergelar isteri kepada suamiku..dan saat inilah hidupku dihiasai dengan bunga bunga indah..dengan kehadiran CINTA kita Safi Nurkhaiyra..betapa nikmat bahagia telah aku kecapi...SYUKUR YA ALLAH..di atas kurnianMU.....I love U B...

Sunday, December 13, 2009

Hati-Hati Mencari Kawan

Friend inneed is a friend indeed..
Teman Sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita