Sunday, November 13, 2011

The New Day With The New Hope

Salam to all the bloggers..ooo...dah lama sangat dah aku meninggalkan blog ini..seperti rumah usang yang tidak berpenghuni.Well, im back.InsyaAllah..dengan kudrat empat kerat dan keizinanNya..aku akan meneruskan blog ini dengan jayanya..That's is not the promise but i am trying..its not about personal at all but about life..kehidupan aku yang telah banyak mengalami perubahan dan itu ternyata telah membuat aku cukup bahagia berada di bumi Allah ini..dengan kehadiran insan-insan tersayang dalam hidupku..aku akan berdiri terus berusaha untuk menjadi suri dan ibu yang terbaik untuk suamiku dan anak-anakku.Semangat yang dikurniakan ini adalah inspirasi daripada anak-anakku Khaiyra dan Aadhil.

Make the world happy with u..then only u ll get the happiness..senyum selalu..be positive.Growing up as a big person who have the right to be whatever that we want as long as it is "good".The big meaning for good.Thanks for Allah for the strengthness that have been given to me.i love myself and all my belonging..so much..


Tuesday, February 16, 2010

5 Hari Yang Penuh Bahagia.....

Tempat ini tak setanding Pulau Mutiara....

Perjalanan balik ke kampung ku dari SMK Rahmat memakan masa hampir 2 jam....lebih kurang same dengan dari Bangi ke Kg.Tak jauh pun sebenarnya..tapi keadaan jalan yang bersimpang siur dan berliku-liku memaksa aku memecut kereta paling laju pun 100km/j....selebihnye..60-80km/j jer.Walaupun tak sempat nak bawak Khaiyra lalan-lalan...balik kg...layan Khaiyra dan anak-anak buah..rase singkatnye mase 5 hari ini..bestnyer kalo seminggu...Hubby pun cuti sampai arini.
Memandangkan adikku nak balik dr Lahad Dato' besok...so aku akan balik semula ke kampung 19/2 ni...Pas sekolah terus balik..heh heh...sekarang ni banyak lagi keje-keje yang masih tertunggak dan aku rase sangatlah bosan nak buat itu dan ini.Tak berminat? Entahlah..mungkin tak jelas sebenarnye dengan tugasan itu.
Telah ku cuba mencuba yang terbaik untuk itu tetapi tidak mampu...Kuteruskan juga perjuangan ini.Sebenarnya tak sabar nak tunggu posting jer. Jumaat ni (19/2) dah 3 minggu di SMK Rahmat...di bumi Kuala Sungai Baru Melaka.Then, aku menunggu lagi 9 minggu untuk tamat praktikal yang sangat memenatkan.Malam-malam tidur kol 1.Kadang-kadang terlewat sampai kol 2.Penat dan tak larat.

Apa yang harus aku selesaikan during praktikal ini adalah :
  • Ujian Saringan
  • Ujian Diagnostik
  • Rancangan Pengajaran Indidvidu
  • Rancangan Pengajaran Harian (2 kumpulan) setiap hari
  • Bahan Bantu Mengajar
  • Lembaran Kerja
  • Laporan Diari Harian
  • Laporan Refleksi
  • Laporan Sekolah
  • Kertas Ujian Selaras Pendidikan Seni
  • Kertas Ujian Selaras Bahasa Melayu
  • Lukisan Mural didinding kelas
  • Latihan rumah sukan
  • Latihan Sukaneka
  • Dan....KAJIAN TINDAKAN
So...the conclusion is...I need to move faster... Fenin fenin...COBAAAANNNNN..

Friday, February 12, 2010

Praktikum di Melaka Bandaraya Bersejarah...

Aku kini menghabiskan masa selama 3 bulan di bumi bersejarah Melaka.Praktikum di Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat.Aku mule praktikal aritu awal bulan 2...bersama-sama dengan 3 orang lagi sahabat DPLI UKM.Masuk-masuk Pendidikan Khas aritu memanglah kepala aku jadik blur dan keliru yang teramat sangat.Tak mengalami situasi sebenar mendidik anak-anak khas masalah disleksia ni.Tapi bile dah masuk 2 minggu..semakin serasi dengan rentaknya.Walaupun kerjaya menjadi seorang guru pendidikan khas ini memang penuh dugaan dan cabarannya.Respect to all of them.Alhamdulillah aku semakin mencintai kerjaya ini... Hem..so sekarang ni aku tengah memikirkan..bagaimanakah harus untuk aku mendapat A atau A- untuk praktikum ini...Tugasan yang boleh mem'busy'kan diriku...dan harapanku....UKM.tunggu kedatangan ku semula...will miss UKM..dan yang pastinya..DPLI di UKM memang tersangat best dan memberikan aku 1001 pengalaman di sana.Meyakinkan aku dengan ungkapan "Now, everybody can fly". Proses pembelajaran sepanjang hayat adalah yang terbaik bagi memajukan diri.Dan aku masih ingat nasihat pegawai PPD semasa aku ditemuduga setahun yang lepas..."InsyaAllah..kita jadilah guru yang ikhlas mengajar anak-anak didik, Allah juga akan "mengajar" anak kita kelak". Di sini juga aku sertakan gambar-gambar yang membawa aku terus mencintai kerjaya ini...Alhamdulilah..

Gambar bersama sahabat-sahabat DPLI UKM di SK Salak Tinggi






Wednesday, December 30, 2009

Hi Kawan-kawan......

Aku sekarang ni yang sedang membuat esemen2 yang best & mencabar

Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan.....
Seandainya aku dicampakkan di laut...aku berdoa padaNya agar aku tidak dibau oleh Jerung...
Seandainya aku sesat di hutan rimba aku pohon agar tiada harimau yang kelaparan pada hari itu...
Seandainya aku diletakkan di padang pasir sahara aku minta agar datangnya seekor unta yang expert bab jalan2 n bawa aku ke tempat yang lebih selamat..
Seandainya aku diletakkan di KLCC atau MidValley aku harap aku mempunyai duit yang mencukupi untuk aku berbelanje (ha...nak belikan hubby hadiah)...
Seandainya aku diletakkan di mana-manalah...aku harap dan berdoa agar aku MASIH ADA PELUANG UNTUK MENIKMATI HIDUP YANG INDAH ini...
Syukur padaMu kerana segala nikmat yang telah Kau curahkan padaku.

Monday, December 28, 2009

Minggu "BUSY"

I ve got a lot of work to do...the lowest enthusiasm for the highest level of task to be settled.
What i need now:
  1. Rest
  2. Enough Sleep
  3. Family Gathering
  4. Hubby
  5. Kyra
  6. Lepak at mamak stall with my crazy2 cousin, aunty n uncle also bebbi
  7. Meet my friend at Kg
  8. Going to KLCC (last time i was there on 2007-watch JPB at TGV)
  9. Watching Avatar with Hubby
  10. Watching TV with mak n abah
  11. Cooking " Ayam Masak Merah" for Hubby
  12. Wedding Photograph Session AGAIN....
  13. Going to clinic with "something" inside my tummy
  14. Read "Pregnancy for Dummies" AGAIN
  15. Stay @ PENANG Again...miss Penang a lot.....
Will wait for another 3 month more to go....EVERYTHING WILL BE OK....

Wednesday, December 23, 2009

40 Days To Go...

BIP @ Pangkor

Malam Kesenian & Kebudayaan @ Pangkor-Kem Rimba

Jungle Tracking


Jungle Tarcking with Dr Radzani Team

Going Back to UKM

Our Program at Rumah IMPIAN

Sukan

Grooming Course

Sukaneka

On the way to Rumah Impian

99 DPLI 2009/2010 team

Seminar Pembentangan Mini Kajian senior @ Palm Garden, PJaya

Minggu ni sampai hujung bulan satu ni adalah minggu yang AKAN MENJADI SANGAT SIBUK....40 hari lagi aku akan menamatkan penginapan aku di Kolej Pendeta Zaaba ni dan awal bulan 2 InsyaAllah akan gi praktikal di SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru Melaka selama 3 bulan.

Im Gonna miss all time di UKM sepanjang perjalananku sebagai pelajar DPLI..But for the most important is I am missing the time whenever WE (Me, Hubby & Kyra) was staying together.....And can't wait for that again.


My assignment yang sangat banyak sekarang ni akan membuatkan aku menjadi agak serabut dan serabai dalam beberapa minggu ni..Exam yang sepatutnya menanti lagi 3 minggu masih tidak dipedulikan....Bilelah ader masa nak mentelaah sumer note2 ni..

Well, semoga dengan dugaan dan cabaran dalam hidup ini akan mengajar aku erti sabar dan menjadikan hidupku lebih bermakna.....Amin..

Monday, December 21, 2009

IM GONNA BE AROUND......

Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga

  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  • Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  • Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  • Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  • Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  • Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  • Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  • Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  • Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  • Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  • Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  • Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  • Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  • Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Di pinjam dari blog http:pakarhowto.com