Wednesday, December 30, 2009

Hi Kawan-kawan......

Aku sekarang ni yang sedang membuat esemen2 yang best & mencabar

Assalamualaikum...

Hi kawan-kawan.....
Seandainya aku dicampakkan di laut...aku berdoa padaNya agar aku tidak dibau oleh Jerung...
Seandainya aku sesat di hutan rimba aku pohon agar tiada harimau yang kelaparan pada hari itu...
Seandainya aku diletakkan di padang pasir sahara aku minta agar datangnya seekor unta yang expert bab jalan2 n bawa aku ke tempat yang lebih selamat..
Seandainya aku diletakkan di KLCC atau MidValley aku harap aku mempunyai duit yang mencukupi untuk aku berbelanje (ha...nak belikan hubby hadiah)...
Seandainya aku diletakkan di mana-manalah...aku harap dan berdoa agar aku MASIH ADA PELUANG UNTUK MENIKMATI HIDUP YANG INDAH ini...
Syukur padaMu kerana segala nikmat yang telah Kau curahkan padaku.

Monday, December 28, 2009

Minggu "BUSY"

I ve got a lot of work to do...the lowest enthusiasm for the highest level of task to be settled.
What i need now:
  1. Rest
  2. Enough Sleep
  3. Family Gathering
  4. Hubby
  5. Kyra
  6. Lepak at mamak stall with my crazy2 cousin, aunty n uncle also bebbi
  7. Meet my friend at Kg
  8. Going to KLCC (last time i was there on 2007-watch JPB at TGV)
  9. Watching Avatar with Hubby
  10. Watching TV with mak n abah
  11. Cooking " Ayam Masak Merah" for Hubby
  12. Wedding Photograph Session AGAIN....
  13. Going to clinic with "something" inside my tummy
  14. Read "Pregnancy for Dummies" AGAIN
  15. Stay @ PENANG Again...miss Penang a lot.....
Will wait for another 3 month more to go....EVERYTHING WILL BE OK....

Wednesday, December 23, 2009

40 Days To Go...

BIP @ Pangkor

Malam Kesenian & Kebudayaan @ Pangkor-Kem Rimba

Jungle Tracking


Jungle Tarcking with Dr Radzani Team

Going Back to UKM

Our Program at Rumah IMPIAN

Sukan

Grooming Course

Sukaneka

On the way to Rumah Impian

99 DPLI 2009/2010 team

Seminar Pembentangan Mini Kajian senior @ Palm Garden, PJaya

Minggu ni sampai hujung bulan satu ni adalah minggu yang AKAN MENJADI SANGAT SIBUK....40 hari lagi aku akan menamatkan penginapan aku di Kolej Pendeta Zaaba ni dan awal bulan 2 InsyaAllah akan gi praktikal di SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru Melaka selama 3 bulan.

Im Gonna miss all time di UKM sepanjang perjalananku sebagai pelajar DPLI..But for the most important is I am missing the time whenever WE (Me, Hubby & Kyra) was staying together.....And can't wait for that again.


My assignment yang sangat banyak sekarang ni akan membuatkan aku menjadi agak serabut dan serabai dalam beberapa minggu ni..Exam yang sepatutnya menanti lagi 3 minggu masih tidak dipedulikan....Bilelah ader masa nak mentelaah sumer note2 ni..

Well, semoga dengan dugaan dan cabaran dalam hidup ini akan mengajar aku erti sabar dan menjadikan hidupku lebih bermakna.....Amin..

Monday, December 21, 2009

IM GONNA BE AROUND......

Amalkan tips dibawah bagi menjaga keharmonian rumahtangga

  • Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
  • Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
  • Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
  • Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
  • Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
  • Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
  • Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
  • Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
  • Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.
  • Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
  • Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
  • Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
  • Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
  • Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
  • Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
  • Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
  • Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
  • Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
  • Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Di pinjam dari blog http:pakarhowto.com

Two In One (Picnic & Assignment)

Apa yang adik beradik ni tengok???

Atirah (light pink dress), anak buah aku..anak kakak hubby..kakak dier ni Layyin..anak aku Khaiyra..maser aku pregnant..mereka lah yang menjadi penghibur & mereka sangat xcited dapat adik pempuan macam kyra...Mereka ni dah tiada ayah lagi..(meninggal akibat leukimia) 6 tahun yang lepas...(masa Atirah satahun lebih).Pada hubbylah mereka dapat kasih sayang seorang ayah walaupun sekali sekala sahaja.......

Saintis kecil
(dicium daun tu...aku pun cium jugak sebenarnya)



Anak anak ku.....



Menguji stamina tol jalan kat zoo ni.....

Picnic + Assignmnet...disebabkan aku ada assignment yang perlu diselesaikan iaitu "Video Editing" so dipendekkan mase..sambil menyelam sambil minum air.Untuk assignment kelas Teknologi Maklumat dan Inovasi..aku memilih tema " Mari Melawat Zoo".Emmm....seronok jugak wat video editing.Enjoy dengan hasil yang aku dah cipta..but actually buat video editing ni aku raser always tak PUAS...edit n edit...n edit again n again..sebab nak yang terbaik..cume masa yang membataskanlah.

Masuk kali ni dah 3 kali aku datang ke zoo ni.First time dengan hubby & Kyra, 2nd time dengan mak abah hubby & kyra, dan kali ni dengan Hubby, Kyra, Layyin, Atirah & Irfan.

Actually, best jalan n melawat binatang2 kat zoo ni.binatang dier gemok ckit dibandingkan dengan zoo negara...

Miss GENTING HIGHLAND....."B.....Can't we??? heh heh?"


Suamiku Hadiah Tak Ternilai Buatku....

My Boss at Life Department

Bagaikan sebuah novel cinta aku melalui kisah hidupku semalam, hari ini dan mungkin esok bersama seorang lelaki bernama Mohd Firdaus..Anugerah yang terindah buatku dariNya.Syukur kerana aku dikurniakan dengan seorang suami yang penyayang dan penyabar...yang mampu membuat aku tersenyum dikala kesedihan...yang mampu membantuku tanpa diminta...yang mampu bersabar dengan karenahku..seandainya aku.Alangkah aku merasa begitu rugi jika hari ini dia adalah milik wanita lain.Tiada kata yang mampu kuungkapkan betapa aku bersyukur memilikimu..Di hitung saat ini, telah hampir 3 tahun aku bergelar isteri kepada suamiku..dan saat inilah hidupku dihiasai dengan bunga bunga indah..dengan kehadiran CINTA kita Safi Nurkhaiyra..betapa nikmat bahagia telah aku kecapi...SYUKUR YA ALLAH..di atas kurnianMU.....I love U B...

Sunday, December 13, 2009

Hati-Hati Mencari Kawan

Friend inneed is a friend indeed..
Teman Sejati

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Monday, November 9, 2009

TerCIPTA untukKU - Miss My Hubby....


Ungu feat. Rossa – Tercipta Untukku (Accoustic)

menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku, oohh...


banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu

reff:
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku

meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku

sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai
dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati

Mama sayang babah n kyra...

Malam Raya 2009

Penang Bridge Widening Project

"Help me....!!!! Dont want to meet Mama...coz she will Masak me...."said Ikan to babah

Apa Itu FALSAFAH....?




Apakah itu Falsafah? I've learned about it before...

Falsafah=disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab فلسفة yang juga berasal daripada perkataan yunani Φιλοσοφία philosophia, yang bermaksud "cinta kepada hikmah". Secara umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
-Merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas
-Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran

Di Dewan Budiman.......
So aku masuk kelas dan dengar pengajaran daripada pensyarah aku yang cute ni....then what was happened ialah..beliau berjaya membuat kepala kami digegarkan sedikit dengan topik yang *%^#@&*..whatever pun...we are laughing n enjoy the class...memanglah enjoy kalau bab ni..sampai sakit perot tergelak...tibe2 plak teringat kat soalan sahsiah MTEST n PTD..."Saya akan tertawa apabila mendengar seseorang berkata tentang benda *%$%#@*&*..." sila beri rate...YA jawapannya...


So then..memandangkan besok takder kelas..aku akan dapatkan rehat yang secukup-cukupnye dan membuat assignment yang BANYAK itu..dan cube membaca buku ACTION RESEARCH sefaham fahamnya.."seem like i am trying to make a broken BM"..takpelah yer..hidup takleh serius n lurus sangat..heh heh..sowie...


Setiap hari Rabu, saya dan 8 orang lagi sahabat di DPLI UKM ini akan pergi ke Sek untuk membuat pemerhatian disamping mencari pengalaman dan memenuhi kehendak assignment kami..Last wednesday, aku melalui detik yang menyayat hati di mana:-



  • Kami SESAT dalam usaha mencari SK Bdr Baru Salak Tinggi...Tinggi sungguh kesabaran semasa itu.
  • Kami dibantu oleh seorang pakcik yang sangat baik.....Terima kasih pakcik.
  • Kami bertuah kerana berjaya melihat pertunjukkan dari abang BOMBA dalam LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN SEKOLAH.

  • Aku sangat enjoy bersama-sama dengan Pendidikan Khas di sana...anak-anak yang sangat istimewa..terharu aku.
  • Yang paling menyayat hati adalah KERETA AKU ROSAK.....Hua hua hua...naper ngan Sang Wira aku...hua hua...Belting aircond rosak n ape2 lagi tah..B....tolong mama..aku dan 3 orang lagi kawan aku tersadai di sebuah workshop di Bandar Sri Putra dari jam 2pm hingga 4.30pm....dan duit aku melayang RM300 free free...hua hua..


    Sang Wira yang sakit....hu hu...

12.05 am...i need rest..aku windu hubby n kyra..tak dapat nak tengok PAPADOM (betul ke aku eja ni)...hu hu...also miss Batu Feringgi...Semoga aku bersemangat untuk meneruskan tugasan-tugasan yang masih tertunggak dalam menjayakan usaha aku menjadi seorang guru yang CEMERLANG....InsyaAllah.





Friday, November 6, 2009

So Tired.....

Wish to have a walk here...NOW......

O....be among one of them HERE....takut la plak tengok ikan belang merah tu...

Emmmm..maksud tajuk pun dah dapat gambarkan keadaan aku sekarang ni...so tired....tired n tired...takder rehat yang cukup..takder tido yang cukup...makan tak menentu..nilah keadaan aku sekarang.adoi..bak kater orang PENGORBANAN...yelah pengorbanan..Aku bukannya kete kebal yang boleh redah semue bende..uhuk uhuk....then mengikut pengiraan aku I GOT another 83 days to go...last dok kat kolej..pastu gi praktikal...tak sabar nak habis belajar ni....Rindu anak aku rindu suami aku...walaubagaimanapun susahnyer akan kuredah jugak.
Besok wedding cousin aku di KL...sepatutnye aku dah berada kat saner ngan mak abah n kyra.tapi memandangkan keadaan aku yang agak kronik ni.mate pun dah tak nak tido dah..sebab dah confious time tido sebenar..tension tension tension tension..takder sape yang paham pun.
Aku rindu sahabat baik aku Ctie...susah nak carik bestfren ni..then jugak Erin..dan jugak Afzan..dan jugak Along..dan jugak Izan.Gmah.Kak Fiza..Lenny...Kak Tihah....Ayu..person person yang best2...hu hu..sedih..Semoga aku terus tabah melalui hidupku untuk beberapa bulan lagi di sini...MISS ANAK N HUBBY SO MUCH...Sebuah kesakitan mencari kebahagian...DAH RASER MACAM RECRUIT PLAK...nak cari kedai gunting botakkan rambutlah...

Wednesday, October 28, 2009

Assignment......

Semester dua baru saja bermula....BIP baru saja berakhir..Its the time FOR AN ASSIGNMENT....well well..akan aku lalui juga detik detik ini dengan tabah...tugasan yang kadang-kadang aku sendiripun tak cukup tangan mana satu nak buat...then one more thing,,kalo bleh nak lah tugasan tu adalah yang terbaik yang boleh aku hasilkan ...
MY ASSIGNMENT
  1. Dua laporan aktiviti kolokium pembentangan kajian tindakan pelajar senior DPLI Januari 2009.
  2. Ulasan satu buku bahasa inggeris berkaitan dengan TEACHER ACTION RESEARCH.
  3. Ulasan 3 jurnal yang berkaitan dengan TEACHER ACTION RESEARCH yang perlu dikaitkan dengan ulasan buku.
  4. Mencari model-model berkaitan dengan TEACHER ACTION RESEARCH.

hemmmm so far nilah yang aku nak settlekan dulu..di belakang banyak lagi yang sedang menanti..target nak siapkan sebelum Jumaat depan...

I miss my hubby n anak....tapi aku redha dan pasrah lah dengan keadaan semasa ini..kalo aku nak always dengan mereka..so then tak yahlah belajar kan.dok umah jadi fulltime housewife n mother...then..sia-sia jer mak abah menghabiskan duit untuk pendidikan aku dolu dolu....excited gak aku nak siapkan tugasan ni..walaupun still blur blur.....heh heh....

Saturday, October 17, 2009

Anak, Hubby & Mak Abah...



Farah Wedding....
Lepas balik dari Pangkor aku balik Kg..rindu yang tak dapat dikatakan pada anak aku....Kyra...Then, hubby aku pun balik jugak.Hua hua....bahagia nyer biler bertige.Tak sabar aku nak habiskan DPLI ni..then dok bertiga semula insyaAllah...nak masak untuk suamiku..nak jaga anak aku.Raser tak cukup jer penghidupan sejak aku hidup berjauhan dengan b n anak..Semalam gi wedding member aku Farah kat Tampin..tu pun sampai dah lambat.Well well...penat sangat sebulan yang lepas...dengan assignment..dengan exam..dengan Bina Insan Pendidik (BIP) di Pangkor..buatkan aku macam lipas kudung..yang pastinya..sesibuk mana pun aku..anak dan suami aku adalah yang lebih utama...aku sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagian keluarga kami..

Jalan-jalan @ Zoo Melaka


Kyra & Nenek


Kyra, Nenek & Babah


Kyra yg kepenatan sampai tetido...

Hari tu lepas beraya gi jalan-jalan ke Zoo Melaka.Nak gi makan ikan bakar kat Umbai...pastu sajer singgah zoo bawak Kyra tengok Dajah (Gajah)...n sempat jugak aku memonteng kelas Psikologi n pegi berjalan2 dengan hubby n anak buah aku Atirah mase ODW balik bangi ker Muzium Di Raja Seri Menanti Negeri Sembilan....Whatever aper yang penting..KITE ENJOY....



@ Ruang Santapan

Istana Lama Seri Menanti..kini jadi muzium


Me, B & anak buah Atirah


Hopefully aku lulus exam..tak dapat 3.5 above pun takperlah..tp asalkan lulus...banyak gak yang aku tak dapat jawab aritu...buat asignment punyer pasallah...Hu hu...tak sabar nak habiskan DPLI ni....Nanti aku citer plak pasal gi Pangkor sebab aku tak der lagi gambar mase kat saner...kat camera member..

Friday, September 11, 2009

SO Long Long Ago....


Emm..salam saudara saudari.....betapa lamernyer aku dah tak blogger..bz satu masalah nyer..pc aku plak slow pun masalah jugak..Well well...hari ni dah hari yang ke 16 umat Islam berpuasa...sepanjang peninggalan aku di blog ni...banyak betul bende yang telah terjadi kepada aku...nak story pun samapai meletop plak blogger ni nanti...so aku akan concludekan sikit sikit biler aku dah aktif balik nanti...

Guess?? Ni logi aper?

Emm..nilah logo tempat dimane aku berada sekarang ni...

Malam kesenian BIP I di UKM.
\

Karnival Sukan DPLI.

Universiti Kebangsaan Malaysia.Aku pun tak tau tiber2 aku dah berada di sini...mengingat kan kembali kehidupan aku yang bahagia bersama suami dan anak di Penang dulu..ruper2 dah lebih setaun kami tak tinggal bersama..uhuk uhuk..pengorbanan yang penuh kesakitan..namun aku percaya ada hikmah tersirat disebaliknya.InsyaAllah..Sekarang ni aku sangat sangat merindui anak ku Kyra dan Suamiku...hu hu....

Lepas rayer ni....kiteorang bebudak DPLI UKM 2009/2010 akan ke Pangkor untuk BIP (Bina Insan Pendidik) selama 4 hari...So sekarang ni kami memang busy yang teramat sangat.Dengan latihan tarian, meeting itu meeting ini...sketsa itu sketsa ini...dan macam macam lagi..yang paling kritikal sekarang ni adelah nak wat esemen..hua hua hua..banyak giler esemen yang nak disiapkan..3 nak hantar before raye ni..7 selepas rayer..by the way..what so everlah...bagai kata husband aku.."sabar jelah mama".SABAR....

Emm..maser aku tulis blog ni..kiteorang ader Program Open Source kat Makmal Komputer Bawah Dewan Budiman.Aku pun mulerlah ambil peluang memandangkan dieorang tengah belajar nak wat blog...yg dah ader blog..bolehla update blog blognyer.

Petang ni..abis program aku nak gi menyoping rayer di Jalan TAR dengan mak, abah & Kyra...suker suker sangat..tapi hubby aku tak balik.Kalo hubby aku balik mestilah lagi best sesangat..aku raser so excited..but when i think about keje2 yang masih tertunggak..uwak uwak..sakitnyer kepale.Well back to SABAR again k....heh heh...




Kyra dah pandai berjalan sekarang ni....nanti aku upload gambar2 dier.I miss my Kyra..Afzan dah pregnant second baby.,.aku nak pregnant gak..tapi takleh..nanti kene tendang kluar dari program DPLI ini sampai aku tergolek-golek...Nex year nak bagi kyra adik..bestnyer.So, ader banyak lg bender aku nak ceriter..To Be Continued la yer...

Wednesday, March 18, 2009

Balik KG..

Nak gi jalan jalan....

Well well well...hari ini..sekejap lagi nak bersiap siap nak balik kg dah..Isnin nak mengajar semule..tak puas lagi nak round round Penang..tapi takpelah..nanti aku datang lagi.Hari Khamis..hubby aku kate nak balik awal ckit..sebab dier plak rindu KL katernyer..plan nak singgah Cameron Highland bawak Kyra jalan jalan..tapi camera kesayangan hubby aku dah ilang..kene curik mase kete kene pecah (Nanti aku cerite)..camera aku plak tinggal kg...emm..hopefully that will be the unplanned holiday..kalo hubby aku masuk exit Simpang Pulai -Cameron Highland nanti...akulah yang akan tersenyum lebar...

Bestnyer kalo aku ader laptop..kat sekolah wireless internet..bleh la aku update selalu blog..Emm..nak gi low yat carik laptop yang harganyer under 1500lah...nanti dapat gaji aku ganti balik duit hubby...jangan marah.
K lah..aku nak gi siap siap berkemas n tengahari ni nak bertolak balik dah..Kepada bestfriend aku CT..take care baby dalam poyut tu..kasi anak buah aku tu cumil macam ibu dier..gambar terbaru aku tinggal dalam camera yg aku tertinggal kat kg..(ayat pening)..

Tuesday, March 17, 2009

Will Miss Penang Lots...

Pemandangan di Belakang umah aku...

Pemandangan Kondomium Mutiara di senja hari...

Sayang Bebbi sangat...



Emm..tibe tibe jer keadaan berubah..sekelip mate jer aku akan meninggalkan Penang...Dah setaun lebih aku dok penang..seingat aku aku datang cni mase pas baru kawin 3 hb .6 .2007 rasernyer...so, sekarang ni dah 1 tahun 9 bulan aku merantau di Penang ni bersama suami tersayang dan anak aku jugak adalah anak kelahiran Pulau Pinang...Kueng kueng kueng...Tapi tanpa diduga akhirnya aku kembali ke kg aku sebagai langkah pertama usahaku sebelum bergelar pendidik.Just only with one word that make me strong "Berkorban untuk mase depan".Will miss Penang sangat nanti sebabnyer:-
  1. Sebab utama adalah SUAMIKU TERSAYANG berada di tanah Penang ini.
  2. Dok cni menjadikan aku xcited biler nak balik kg...pagi pagi subuh dah bersiap biasenyer.
  3. Kat cni aku boleh dapat banyak bende dan tengok banyak bende...KLCC pun ader..(Building jer same bentuk)..he he...
  4. Belakang umah aku sawah padi terbentang.
  5. Jaya Jusco tempat fav aku ngan hubby gi shopping hanya berada 1 KM dari umah...Jalan kaki pun boleh.
  6. Makanan kat cni pelik pelik tapi sedap.
  7. Ader Char Kuew Tiaw yang best kat Permatang Pauh & Seberang Jaya & Keys.
  8. Pasar malam tiap tiap hari...Selalunyer aku akan gi pasar malam untuk carik lauk untuk masak.
  9. Ader banyak tempat untuk pegi jalan-jalan bile ader waktu lapang..macam Batu Ferringgi, Bukit Bendera, Taman Burung, Taman Botanical Garden, Persiaran Gurney, Padang Kota, Taman Negara, Tanjung Bungah dan banyak lagilah..
  10. Ader laut..ader waterfalls...
  11. Kat umah aku duduk sekarang ni sangatlah convineance sangat..ader JJ, Carrefour, Pacific Megamall, Sunway Carnivall Mall, The Summit BM,Giant, Econsave, kedai runcit yang banyak sangat, dan food court yang banyak sangat...(Macam macam ada)..yang tak berapa bagusnyer...duit pun cepat sangat abis...he he..
  12. Kueh kueh murah dan sedap.
  13. Aku boleh makan ketam & ikan fresh..sebab kawan hubby punyer bapak nelayan.Murah murah....
  14. dan..aku menjalani kehidupan BERUMAH TANGGA di sini..susah senang, pahit manis aku bersama suami bermula disini..uhuk uhuk..sedey nyer...
Yelah..bak kate orang.."Biler dah suker sumenyer elok,sumenyer cantik..." tapi seriously.I like Penang...Emm...i m going back to my family...buat mase ni, rezeki aku di kg..ok gak dok kg..ade mak abah...mak mertua, sepupu-sepupu, makcik makcik...dan kawan kawan baru yang best best...No worries..im gonna be OKEY...

To my hubby..every single minutes..i miss u so much..but i know..there's something that ALLAH plan for us..Take care my dear hubby yang sangat cumil n manje sangat..muah muah...



Report Duty


Walaupun ini hanya jawatan kontrak sahaja...Tawaran yang diberikan pada aku ini amat bermakna..at least ade gak experience untuk aku apply DPLI or KPLI nanti..Setelah kutapis kutimbang dan berbincang dengan hubby..Aku nak jadik sheegu..not my last choice but my very very suit to my condition right now..having a cute baby that i really want to spend my time almost with her....Ini adalah langkah pertamaku untuk bergelar CIKGU SIRA...Aku berjaya dalam interview dan dikehendaki melapor diri di Sek Men Keb Dato Mohd Taha Gemencheh pada 2.2.2009.to be continued....

Gambar2 Khaiyra sebelum meninggalkan home sweet home bandar perda..